Saturday, May 15, 2010

Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

Paling

Agak

Sungguh

Amat

Terlalu

Nian

Benar

Paling

3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

4. Kereta api itu sangat laju.

5. Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah

-lah

-tah

jua

Juga

Sahaja

Hanya

Memang

Lagi

pun



Contoh

1. Itulah rumah saya.

2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.

3. Apatah dayaku untuk menolongnya.

4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.

6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh

a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh

a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh

a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Pemeri

1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh

a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.

Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.

Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti:

Jenis kata penguat

kata penguat

contoh penggunaan

Hadapan

paling, terlalu, agak

Awak yang paling pintar dalam kelas ini.

Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit.

Belakang

sekali, benar, nian

Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu.

Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.

Bebas

amat, sangat, sungguh

Hujan lebat amat

Hujan amat lebat

Badang kuat sangat

Badang sangat kuat

Ibu letih sangat semalam.

Semalam ibu letih sangat.

No comments:

Post a Comment