Wednesday, May 26, 2010

Karangan Jenis Berita

KARANGAN JENIS BERITA

MELAKA, Isnin – Mayat seorang ahli perniagaan dari Klang telah ditemui terapung di pinggir pantai Tanjung Bidara oleh sekumpulan nelayan lewat petang semalam. Pasukan penyelamat telah memberhentikan usaha menyelamat setelah menemui seorang lagi mayat nelayan tempatan di perairan Tanjung Keling petang kelmarin kerana keadaan Laut Selat Melaka yang bergelora.

Pasukan penyelamat percaya bahawa sekumpulan empat orang yang terdiri daripada dua orang nelayan tempatan dan dua orang ahli perniagaan dari Klang telah menaiki bot kecil untuk memancing di Perairan Pulau Besar. Pasukan penyelamat daripada Akademi Kelautan di Melaka (ALAM) yang dibantu oleh Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia mengesahkan bahawa dua orang lagi telah mati walaupun mayatnya tidak dijumpai.

Mengikut keterangan daripada Puan Suriat, salah seorang isteri kepada nelayan tempatan yang dikenali sebagai Encik Talib mengatakan bahawa mereka berdua adalah sahabat kepada suaminya yang datang dari Klang untuk bercuti dan ingin memancing di Pulau Besar. Mereka pandai berenang dan bot suaminya dilengkapi alat keselamatan, tetapi tidak menyangka akan berlaku kecelakaan itu .

Orang ramai khususnya kaum nelayan diminta supaya membuat laporan di balai polis yang berhampiran sekiranya menemui mayat dua orang lagi mangsa bot karam tersebut. Pihak pols mengingatkan kaum nelayan supaya tidak ke laut kerana keadaan laut yang masih bergelora dan merbahaya bagi bot-bot kecil.

Kedua-dua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Besar Melaka dan keluarga mangsa telah pun dihubungi untuk menuntut mayat tersebut. Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bahawa Encik Sulaiman, iaitu mangsa yang hilang telah berpesan kepada isterinya supaya jangan menghubungi beliau sewaktu di Pulau Besar dan menjaga keenam-enamm orang anaknya dengan baik sepeninggalannya ke Melaka.

Encik Darus yang seharusnya tahu akan selok belok di laut dan keadaan cuaca sepatutnya tidak mendedahkan diri kepada bahaya seperti yang telah berlaku. Dia seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga, bahkan tidak mengajak rakan-rakannya untuk menyertainya ke laut pada musim ini. Namun begitu, segala yang berlaku merupakan takdir Ilahi dan kita tidak dapat menolaknya sekiranya telah ditakdirkan begitu.

No comments:

Post a Comment