Friday, May 14, 2010

Karangan UMUM

BAHAGIAN C KARANGAN UMUM
Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.
Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.


Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak memahami isu yang dinyatakan.
Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas yang mungkin.
Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan jenis karangan tersebut.
Contoh:
Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Isu: Pengurusan sampah sarap masih
belum memuaskan.
Jenis karangan: Pendapat

No comments:

Post a Comment