Monday, July 5, 2010

Drama Surat Untuk Ina

SINOPSIS
Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati seorang pengawas yang bernama Zalina. Zali tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu sebaliknya dia hanya tersenyum. Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada Zalina. Zali bimbang kalau-kalau Zalina akan mengadukan perkara itu kepada Cikgu Halil, guru disiplin di sekolah mereka. Badar dan Jais meminta Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya yang ingin berkenalan serta bersahabat dengan Zalina. Akhirnya surat itu siap ditulis oleh Zali dan diletakkan di dalam meja Zalina.
Zalina membawa surat yang ditulis oleh Zali untuk ditunjukkan kepada Cikgu Halil. Jais bimbang rahsia Zali terbongkar. Zali agak yakin Cikgu Halil tidak akan tahu. Namun begitu, apabila Jais menyebut tentang tulisan Zali, Zali mulai bimbang. Badar Zalina tidak mungkin berani melaporkan perkara itu kepada Cikgu Halilnkerana nanti dia juga yang akan malu. Ternyata andaian Badar itu meleset. Cikgu Halil masuk ke kelas dan menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil meneliti tulisan dalam buku para pelajar. Beliau meneliti tulisan dalam buku Zali agak lama. Cikgu Halil meminta Zali menulis nama dan alamatnya di papan hitam. Terbuktilah bahawa tulisan dalam surat itu meyerupai tulisan Zali. Beliau meminta Zali mengakui kesalahannya.
Cikgu Halil memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Zali bergantung kepada keputusan Zalina. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihati Zali supaya tidak mengulang perbuatannya. Badar dan Jais berasa gembira.

TEMA : Kenakalan pelajar lelaki yang sedang meningkat remaja yang melanggar peraturan sekolah.

PERSOALAN
1. Perasaan tertarik kepada individu yang berlainan jantina.
2. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja.
3. Peranan guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
4. Amalan bermaaf-maafan merupakan amalan yang baik.
5. Ketegasan seorang pengawas untuk menguatkuasakan peraturan sekolah

WATAK DAN PERWATAKAN

Zali : rakan Badar dan Jais, meminati Zalina, mudah terpengaruh oleh kata-kata Badar dan Jais,pelajar yang baik dan bijak,berani mengakui kesalahannya, sanggup meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya.
Badar : rakan Zali dan Jais, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
Jais : rakan Zali dan Badar, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
Zalina : pengawas sekolah dan berambut panjang, bijak,cantik dan bersopan, tegas, rajin, pemaaf.
Cikgu Halil : tidak terburu-buru dalam membuat keputusan, bijak,tegas, berfikiran terbuka.
Fatimah : kawan baik Zalina, pustakawan sekolah.


PLOT
Permulaan : Zali, Jais dan Badar berbual-bual di bawah pokok tentang seorang pengawas perempuan di sekolah mereka, Zalina. Zali berhasrat mahu berkenalan dengan Zalina.
Perkembangan : Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina dan meletakkan surat tersebut ke dalam meja Zalina. Zali menyetujuinya. Dengan bantuan Jais dan Badar yang mengawasi persekitaran, Zali berjaya meletakkan surat tersebut di dalam meja Zalina.
Perumitan : Fatimah marah apabila Badar, Zali dan Jais membuat bising di dalam kelas. Zalina menemui Cikgu Halil dan menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil.
Puncak : Cikgu Halil mengarahkan semua murid meletakkan buku karangan masing-masing di atas meja. Zali yang tidak membawa buku karangannya diminta menulis alamatnya di papan hitam. Perbuatan Zali terbongkar apabila tulisannya sama dengan tulisan dalam surat yang diterima oleh Zalina.
Peleraian : Zali meminta maaf kepada Zalina atas perbuatannya dan Zalina memaafkannya.

TEKNIK PLOT
Teknik dialog
ZALI : Kalau aku tidak tulis nama, macam mana aku hendak kenal dia.
Dan bagaimana pula dia hendak mengenali aku?
BADAR : Tadi, kau kata takut dilaporkan kepada Cikgu Halil.
Teknik pemerian
Contoh: ZALI segera beredar ikut pintu belakang. Mereka bertiga terus berlalu. ZALINA dan rakan-rakannya masuk ke kelas. ZALINA terus duduk di dalam kelas. Selepas itu, BADAR dan rakan-rakannya masuk.
Teknik saspens
Pembaca tertanya-tanya sama ada rahsia Zali akan terbongkar atau tidak apabila Zalina membuat keputusan menemui Cikgu Halil setelah dia menerima surat tanpa nama pengirim itu.

GAYA BAHASA
Peribahasa : Sudahlah! Janganlah masuk bakul, angkat sendiri.
Bahasa Inggeris : member, relax
Sinkof : Li, kau ingat tak apa yang kautanyakan aku semalam!
Similie : otak macam komputer dan gadis yang cantik macam bidadari.
Repitisi : Apabila dia masuk ke kelas, dia akan buka dan membacanya.
Anafora : Aku boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-samanya.
Aku belajar pun, akan bertambah semangat.

LATAR
Latar tempat : di bawah pokok, di satu kawasan lapang, di dalam kelas.
Latar masa : waktu pagi ( waktu persekolahan ).
Latar masyarakat
• Masyarakat sekolah: murid dan guru.
• Masyarakat murid yang gemar melanggar peraturan sekolah.
• Masyarakat yang mengamalkan sikap saling bermaafan.
• Masyarakat pengawas yang tegas menegakkan disiplin.

NILAI
• Ketegasan
• Kebijaksanaan
• Bertanggungjawab
• Bermaaf-maafan
• Patuh kepada arahan

PENGAJARAN
1. Guru mestilah tegas kepada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
2. Sikap saling bermaaf-maafan mestilah diamalkan dalam kehidupan.
3. Setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan bijak.
4. Sikap suka melanggar peraturan sekolah mestilah dihindarkan.
5. Kita mestilah tegas menjalankan tugas yang diamanahkan

Wednesday, June 30, 2010

Cerpen "Tempang"

Tema

Tema cerpen ini ialah kecacatan bukanlah penghalang untuk hidup seperti biasa dan beroleh kejayaan seperti orang lain. Hafizi yang dilahirkan tempang tidak pernah menganggap kecacatan tersebut sebagai penghalang untuk hidup seperti insan lain yang sempurna. Malah, kekurangan itu menjadi pembakar semangat kepadanya untuk berdikari dan cemerlang dalam pelajaran.

Persoalan

a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir ahli masyarakat.

* Kamil dan rakan-rakannya sering menghina dan membuli Hafizi yang tempang. Dia tidak serik-serik melakukan perbuatan yang serupa meskipun pernah menerima hukuman.

(b) Sifat kecemburuan segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan.

*Kamil tidak berasa kasihan terhadap Hafizi malah menyimpan rasa cemburu atas kelebihan Hafizi kerana dia cemerlang dalam pelajaran dan dilahirkan dalam golongan berada.

c) Ketabahan mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

*Hafizi tabah melalui kehidupan meskipun dia tempang. Sungguhpun pergerakannya lambat dan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang lain, namun dia tidak merendah diri.

(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.

* Hafizi tidak rnenyalahkan takdir atas kecacatannya malah bersyukur atas anugerah tersebut kerana percaya bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah-Nya.

Watak

(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Hafizi

(b) Watak sampingan terdiri daripada _Raja,Kamil,Cikgu Ridzuan,Cikgu Lee,Mei Ling dan Pak Mat

Perwatakan

Hafizi:

Dia pelajar Tingkatan Empat dalam aliran Sains. Hafizi anak orang kaya kerana pergi dan pulang dari sekolah dihantar oleh pemandu keluarganya, Pak Mat.Dia dilahirkan cacat, iaitu kakinya pendek sebelah. Sungguhpun tempang Hafizi cekal, berani, dan berprinsip.

Hafizi penyabar orangnya, tidak suka bergaduh, baik hati, dan tidak pernah menyimpan dendam, walaupun dia dibenci oleh Kamil dan beberapa rakannya yang lain. Dia pelajar yang pintar. Oleh sebab itu, dia _dicemburui oleh beberapa orang rakan sekelasnya.

Raja :

Dia kawan baik Hafizi, pelajar Tingkatan Empat, dan sekelas dengan Hafizi. Raja amat mengambil berat akan Hafizi dan senantiasa bersedia untuk membantu Hafizi. Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk membantu Hafizi. Dia tangkas bertindak. Raja segera memberikan pertolongan cemas tatkala Kamil hampir lemas di kolam.

Kamil:

Dia rakan sekelas Halizi dan Raja. Dia sangat membenci Hafizi kerana _mencemburui kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi meskipun Hafizi tidak pernah mempendulikan sikap buruknya itu. Dia busuk hati, suka bergaduh, dan suka membuat kecoh hingga bergelar samseng sekolah. Dia sering juga melanggar disiplin sekolah.Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh pihak sekolah sebelumnya. Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh Hafizi .

Mei Ling:

Dia rakan sekelas Haflzi. Mei Ling bersimpati dengan Haflzi. Dia berani kerana tidak takut untuk melaporkan kelakuan buruk Kamil kepada Cikgu Ridzuan (guru disiplin).

Cikgu Lee:

Beliau guru mata pelajaran Sains. Beliau sangat mengambil berat_ akan kebajikan murid.-muridnya. Beliau suka memberikan motivasi dan kata-kata_nasihat kepada murid-muridnya.


Binaan Plot

Plot cerpen ini disusun secara _kronologi_ kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut tertib masa.

(a) Permulaan:

Hafizi masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Apabila loceng berbunyi, semua murid berdiri di depan pintu kelas. Hafizi terus duduk di tempatnya. Kecacatan pada kakinya (tempang) menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama, lantaran itu dia dikecualikan daripada beratur.

(b) Perkembangan:

Kamil mengatakan bahawa Hafizi berlagak kerana dia bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran. Oleh itu, dia menyambah(meluat) melihat muka Haflzi. Raja memberikan amaran kepada Kamil sambil mengacukan penumbuk kepada KamiL Maka berlakulah cabar-mencabar antara Kamil dengan Raja. Keadaan menjadi reda apabila Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah datang. Hafizi mententeramkan Raja supaya tidak bergaduh dengan Kamil. Semasa Hafizi hendak masuk ke dalam kelas, Kamil telah menolak Hafizi sehingga tersungkur. Raja hendak menumbuk Kamil, tetapi dihalang oleh Hafizi. Mei Ling cuba membela Hafizi lalu berlaku pertengkaran antara Kamil dengan Mei Ling. Keadaan kembali tenang apabila Cikgu Lee datang. Cikgu Lee memberikan nasihat dan motivasi kepada murid-murid agar rajin belajar dan tidak menghina orang lain.

(c) Klimaks:

Hafizi menyertai rombongan perkelahan yang diatur oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1. Rakan-rakannya begitu seronok mandi di kolam sementara Hafizi hanya rnelihat dari jauh. Tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana melihat Kamil hampir lemas. Hafizi terus terjun ke dalam kolam dan mencari Kamil di dasarnya. Lima minit kemudian Hafizi timbul bersama dengan Kamil. Raja memberikan pertolongan cemas kepada Kamil.

(d) Peleraian: Kamil sedar dan insaf akan kesilapannya dan meminta maaf kepada Hafizi.

Teknik Plot

(a) Teknik bahasa naratif atau pemerian. Contohnya: ms91, 87

Hafizi melangkah longlai masuk... sedang berbual di luar kelas.. ...

(b) Teknik dialog. Contohnya: ms89

"Kalau kau berani kita kawan saja," cabar Kamil

(c) Teknik saspens. Contohnya:

Pembaca tertanya-tanya akan nasib Kamil yang tenggelam di dasar kolam.

(d) Teknik monolog. Contohnya: ms91

"Aku tidak pernah menyesal... ... kepincangan diriku," bisik hati Hafizi

Latar

Latar Masa

Latar masa cerita ini berlangsung selama 2 hari, iaitu pada waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan, yakni di tempat perkelahan .

Latar Tempat

(a) Di dalam kelas tingkatan 4 Sains 1 -.

peristiwa Hafizi ditolak oleh Kamil hingga menimbulkan pergaduhan antara Kamil dengan Raja

(b) Di tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah —

Hafizi mengajak Raja pulang bersama-sama dengannya menaiki kereta.

(c) Di _padang sekolah —

Hafizi hanya melakukan senaman ringan, manakala rakan-rakannya yang lain ligat bermain bola sepak.

(d) Di kawasan perkelahan:

peristiwa Kamil hampir lemas di dalam kolam dan diselamatkan oleh Hafizi.

LatarMasyarakat

(a) Masyarakat kurang upaya yang cekal:

Hafizi tempang sejak dilahirkan, namun dia tidak pernah menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk berjaya.

(b) Masyarakat pelajar sekolah menengah yang baik :

Raja berkawan rapat dengan Hafizi dan menemani Hafizi. Raja juga umpama pelindung Hafizi. Mei Ling turut _mempertahankan Hafizi dan mengugut akan melaporkan perbuatan Kamil yang membuli Hafizi

(c) Masyarakat pelajar sekolah yang nakal.:

Kamil mencemburui Hafizi kerana kelebihan yang ada pada Hafizi

(d) Masyarakat guru yang bertanggungjawab:

Cikgu Ridzu (guru disiplin) tegas di sekolah dan mengambil berat akan murid-munidnya. Begitu juga dengan Cikgu Lee yang suka memberikan motivasi .

Gaya Bahasa

(a) Penggunaan ayat-ayat pendek. Contohnya

• Sudah makan ?

• Tak balik lagi?

• Tengoklah dulu!

(b) _Metafora. Contohnya:

matanya meliar, kaki samseng, dasar kolam

(c) Personifikasi Contohnya: muka pintu

(d) _sinkope. Contohnya: tak, nak, kau

(e) _simpulan bahasa_. Contohnya: busuk hati, merendah diri

Nilai

(a) Baik hati. Contohnya: Raja memberikan dua keping capati bersama kuah kari kepada Hafizi untuk sarapan bersama-sama.

(b) Tolong-menolong. Contohnya: Raja menolong Hafizi daripada terus dibuli oleh Kamil

(c) Berhemah tinggi. Contohnya: Kamil memohon maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya.

(d) Keberanian. Contohnya: Hafizi _nekad_untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas di kolam.

Pengajaran

(a) Janganlah memandang rendah dan menghina orang yang cacat. Contohnya: Sikap Kamil yang menghina orang cacat tidak wajar dicontohi.

(b) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.: Sungguhpun Hafizi tempang, namun Tuhan mengurniakan kepintaran dan kesenangan hidup kepadanya.

(c) Memberi kemaafan adalah perbuatan yang terpuji dan berhemah tinggi. Contohnya: Kamil meminta maaf kepada Hafizi yang selalu menjadi mangsa bulinya.

(d) Kecacatan bukan alasan untuk berusaha dan mencapai kejayaan. Contohnya: Hafizi gigih berusaha untuk cemerlang dalam pelajarannya.

Monday, June 7, 2010

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua anak-anak muridku...jangan lupa mengulangkaji walaupun peperiksaan pertengahan tahun telah berakhir. Gunakan masa cuti ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk kalian. Jaga diri dan jaga kesihatan. Berjumpa lagi selepas cuti berakhir...semoga kalian semua gembira menghabiskan cuti ini... SELAMAT BERCUTI...

Sunday, May 30, 2010

Contoh Karangan Bahan Rangsangan

Tindakan ketika Menjalani Latihan Kebakaran di Sekolah

Rajah di atas menunjukkan tindakan yang perlu diambil oleh murid-murid ketika menjalani latihan kebakaran. Huraikan pendapat anda tentang latihan kebakaran di sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
  • kebakaran sebagai bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa
Isi-isi Penting
  1. murid-murid perlu mematikan suis lampu dan suis kipas untuk mengelakkan litar pintas
  2. beratur di luar kelas sebelum menuju ke tapak perhimpunan dengan segera
  3. tujuan latihan kebakaran diadakan - murid-murid tidak mudah panik - menjaga keselamatan mereka
Penutup
  • semua murid perlu memberikan perhatian dan mengikuti latihan kebakaran dengan bersungguh-sungguh
Karangan Contoh

Kebakaran merupakan bencana yang boleh mendatangkan kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa. kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Oleh itu, latihan kebakaran dilakukan sebagai persediaan jika menghadapi kebakaran.

Pelbagai tindakan perlu diambil oleh murid-murid sebaik sahaja mendengar bunyi loceng kecemasan di sekolah. Tindakan pertama, murid-murid perlu mematikan suis kipas dan suis lampu bagi mengelakkan litar pintas.

Kemudian, semua murid perlu terus beratur di luar kelas. Mereka tidak boleh bertolak-tolakan atau bergurau-senda, sebaliknya terus menuju ke tapak perhimpunan. Mereka hendaklah terus berada dalam kumpulan mengikut kelas masing-masing.

Latihan kebakaran diadakan supaya murid-murid tidak mudah panik apabila menghadapi kebakaran yang sebenar di sekolah. Selain itu, latihan tersebut turut memastikan keselamatan murid-murid sentiasa terjamin sepanjang berada di sekolah. Hal ini demikian kerana semua murid perlu diberikan pendedahan dan dilatih tentang cara-cara untuk menyelamatkan diri dalam situasi kecemasan.

Kesimpulannya, semua murid sewajarnya memberikan perhatian dan bersungguh-sungguh mengikuti latihan kebakaran dan arahan yang dikeluarkan demi keselamatan mereka.

Karangan BAHAN RANGSANGAN

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Karangan ini merupakan salah satu daripada komponen Kertas Dua Bahasa Malaysia PMR; iaitu:

  • Bahagian B.
  • Satu soalan dikemukakan
  • WAJIB dijawab.
  • Panjang karangan tidak melebihi 120 patah kata
  • Masa dicadangkan ialah 25 minit
  • Markah diperuntukkan ialah 20 markah

Bahan-Bahan:

  • Gambar tunggal atau gambar bersiri
  • Gambar foto
  • Gambar rajah
  • Ilustrasi kartun
  • Pelan
  • Iklan
  • Poster
  • Graf
  • Jadual

Panduan Umum

  • Karangan ini ditulis dalam beberapa perenggan. Pelajar dicadangkan menulis satu perenggan pendahuluan, 3-4 perenggan isi dan satu perenggan penutup.
  • Anda digalakkan memberikan pendapat tentang bahan rangsangan yang diberikan berdasarkan arahan dalam tugasan soalan.
  • Minimum isi yang diperlukan ialah 3 isi.

Menganalisis Bahan Rangsangan yang diberi.

  • Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kehendak soalan.
  • Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama-sama dengan bahan rangsangan. Cuba kaitkan bahan tersebut dengan soalan yang diberikan.
  • Cuba dapatkan mesej utama daripada bahan tersebut.
  • Analisis anda hendaklah meliputi kata kunci soalan, skop tajuk dan kehendak soalan.

Merangka Karangan Anda

Karangan jenis ini terdiri daripada 3 komponen utama; iaitu:

  • Pendahuluan
  • Isi-isi penting
  • Penutup

a)Pendahuluan

  • Pendahuluan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.
  • Kaitkan kehendak soalan dengan tahun bahan yang diberikan
  • Pendahuluan ditulis perlu memberikan gambaran umum tajuk bahan rangsangan
  • Menyatakan definisi atau konsep tentang perkara dalam bahan rangsangan atau soalan
  • Hendaklah menyentuk perkara yang hendak ditulis dalam bahagian isi
  • Dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa dengan karangan anda.

b)Perenggan Isi

  • Isi karangan hendaklah ditulis dalam beberapa perenggan
  • Dalam setiap perenggan perlu ada satu isi utama. Isi utama hendaklah dikembangkan dengan isi sampingan berserta contoh.
  • Isi setiap perenggan hendaklah mempunyai pertalian dengan isi dalam perenggan yang lain.
  • Anda perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan isi-isi atau perenggan-perenggan.

c)Perenggan Penutup

  • Bina kesimpulan atau rumusan berserta cadangan, pandangan dan sebagainya bagi keseluruhan isi atau perkara pokok soalan.
  • Anda harus membina kesimpulan yang menarik dan dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa.
  • Kesimpulan haaruslah membayangkan pendirian anda tentang tajuk bahan rangsangan.
  • Jangan ulang fakta-fakta yanganda telah nyatakan dalam perenggan isi.
  • Selain itu, jangan msukkan fakta baru dalam perenggan penutup.

Setelah selesai membina karangan, anda perlu menyemak karangan anda dari segi ejaan, tanda bacaan dan struktur ayatnya.Pastikan juga jumlah patah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Sila catat jumlah patah kata di dalam kurungan di sudut kanan baris terakhir karangan untuk rujukan pemeriksa. Anda digalakkan menyisipkan peribahasa atau ungkapan dalam karangan anda.

Panduan UMUM Bahasa Melayu PMR

Format Peperiksaan PMR Bahasa Melayu

1. Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif.

2. Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:

* 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
* 7 soalan mencari kesalahan ayat
* 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
* 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
* 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
* 3 soalan mencari ayat yang betul
* 3 soalan berdasarkan peribahasa
* 10 soalan sastera

3.Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

* Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah

* Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah

* Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah

* Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, pelajar digalakkan untuk mendapat seberapa banyak markah yang boleh untuk bahagian ini kerana markahnya yang sangat tinggi, 40 markah

* Bahagian D : Karangan Novel, 10 markah

Panduan Membina Pendahuluan Karangan

PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·

memberikan takrif · makna · definisi

Contoh :

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -

menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :

Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -

menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh :

Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -

mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -

memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:

Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

Panduan Menjawab RINGKASAN

Meringkaskan karangan

Tips dalam meringkaskan karangan
1. Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.
2. TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4. Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar’(2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’(1 perkataan)
9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan.(TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan.)

Contoh Soalan :

Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.
Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.
Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran.
Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati.
Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.
Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut. Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.

Pemahaman :

1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?

2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?

3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?

Tema dan Persoalan Novel Istana Menanti

Tema
Tema novel Istana Menanti, karya Abd Latip Talib ini ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat. Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan
(a) Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air.
Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara. Mereka berkongsi maklumat dan info sejarah dengan Tuk Ngah.
(b) Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.
Masyarakat di Kampung Ulu Seperi, Rembau terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama. Mereka hidup bersatu padu dan saling membantu khususnya ketika mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk.
(c) Kebijaksanaan pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang.
Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh di puncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti yang dibina di puncak gunung telah dijadikan tempat perkumpulan pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris. '
(d) Keunikan dan keistimewaan bangunan lama.
Istana Menanti terhasil daripada kehebatan orang-orang terdahulu. Meskipun tidak dibina berdasarkan teknologi moden, namun Istana Menanti tetap kukuh dan agam meskipun usianya dianggarkan sudah 500 tahun. Reka bentuk istana itu juga unik kerana atapnya melentik seperti tanduk kerbau. Istana ini mempunyai ukiran yang halus dan cantik. Luasnya pula dapat memuatkan sehingga 300 orang. Tiang istana berjumlah 40 batang juga masih kukuh kerana diperbuat _ daripada kayu keras.
(e) Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik.
Segelintir masyarakat Melayu yang digambarkan dalam novel ini percaya akan perkara-perkara mistik. Contohnya, penduduk setempat percaya bahawa Istana Menanti dihuni oleh makhluk bunian atau berpenunggu. Sebagai contoh, di dalam istana lama itu kononnya tersimpan alat-alat kebesaran raja Melayu zaman dahulu yang sangat berharga. Namun, barang-barang itu tidak boleh dibawa balik kerana kononnya ada makhluk halus yang menjaganya.
Selain itu, ada yang mendakwa bahawa Jeram Lubuk Petai juga dihuni oleh makhluk bunian. Oleh itu, sesiapa yang datang ke jeram itu haruslah berniat baik, tidak bermulut celupar, dan tidak melakukan maksiat. Jika tidak, mungkin ada kecelakaan yang akan menimpa. Sebagai contoh, ada yang mati lemas di dalam lubuk itu sebagai akibat keceluparan dan ada yang kononnya ternampak ular sebesar pokok kelapa muncul dari lubuk tersebut.
(f) Sikap segelintir individu yang tidak menghargai kemerdekaan dan derhaka terhadap negara. Dalam novel ini, Tuk Ngah bercerita tentang Dolah yang masuk ke dalam hutan untuk menyertai perjuangan komunis sebelum dilantik sebagai ketua ke-10, Parti Komunis Malaya. Pada tahun 1960, ancaman komunis dalam negara ditamatkan. Dolah dan banyak pemimpin Parti Komunis Malaya melarikan diri ke negara China. Selepas negara memberi pengampunan kepada bekas-bekas komunis ini, Dolah kembali ke Malaysia. Malangnya, pengampunan kerajaan ini telah disalahgunakan.

Wednesday, May 26, 2010

Karangan Jenis Berita

KARANGAN JENIS BERITA

MELAKA, Isnin – Mayat seorang ahli perniagaan dari Klang telah ditemui terapung di pinggir pantai Tanjung Bidara oleh sekumpulan nelayan lewat petang semalam. Pasukan penyelamat telah memberhentikan usaha menyelamat setelah menemui seorang lagi mayat nelayan tempatan di perairan Tanjung Keling petang kelmarin kerana keadaan Laut Selat Melaka yang bergelora.

Pasukan penyelamat percaya bahawa sekumpulan empat orang yang terdiri daripada dua orang nelayan tempatan dan dua orang ahli perniagaan dari Klang telah menaiki bot kecil untuk memancing di Perairan Pulau Besar. Pasukan penyelamat daripada Akademi Kelautan di Melaka (ALAM) yang dibantu oleh Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia mengesahkan bahawa dua orang lagi telah mati walaupun mayatnya tidak dijumpai.

Mengikut keterangan daripada Puan Suriat, salah seorang isteri kepada nelayan tempatan yang dikenali sebagai Encik Talib mengatakan bahawa mereka berdua adalah sahabat kepada suaminya yang datang dari Klang untuk bercuti dan ingin memancing di Pulau Besar. Mereka pandai berenang dan bot suaminya dilengkapi alat keselamatan, tetapi tidak menyangka akan berlaku kecelakaan itu .

Orang ramai khususnya kaum nelayan diminta supaya membuat laporan di balai polis yang berhampiran sekiranya menemui mayat dua orang lagi mangsa bot karam tersebut. Pihak pols mengingatkan kaum nelayan supaya tidak ke laut kerana keadaan laut yang masih bergelora dan merbahaya bagi bot-bot kecil.

Kedua-dua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Besar Melaka dan keluarga mangsa telah pun dihubungi untuk menuntut mayat tersebut. Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bahawa Encik Sulaiman, iaitu mangsa yang hilang telah berpesan kepada isterinya supaya jangan menghubungi beliau sewaktu di Pulau Besar dan menjaga keenam-enamm orang anaknya dengan baik sepeninggalannya ke Melaka.

Encik Darus yang seharusnya tahu akan selok belok di laut dan keadaan cuaca sepatutnya tidak mendedahkan diri kepada bahaya seperti yang telah berlaku. Dia seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga, bahkan tidak mengajak rakan-rakannya untuk menyertainya ke laut pada musim ini. Namun begitu, segala yang berlaku merupakan takdir Ilahi dan kita tidak dapat menolaknya sekiranya telah ditakdirkan begitu.

Analisis Cerpen Kasut Kelopak Jantung

TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.



WATAK DAN PERWATAKAN
CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.

AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOT
PERMULAAN
1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.
2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN
1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.
2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.
3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.
4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN
1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.
3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.
4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK
1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.
2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.
3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

PELERAIAN
1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.
2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.
3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT
1. Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.
Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.
Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

4. Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.
Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca
Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.
Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.
Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.
Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT
1. Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

3. Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.
4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah Ahmad
Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

6. Kebun sayur
Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. Pekan
Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA
1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu
Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka
Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.
Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 Mei
Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hari
Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajar
Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.
3. Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guru
Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan
Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA
1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.
Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.
Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.
Waktu rehat Ahmad tidak keluar.
Dia tidak bercakap banyak.
Dia telah pun menduga.

3. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.
Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya.
-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.
-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.
-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.
-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.
-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang
Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

5. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.
Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof – penggunaan singkatan kata
Buktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi – pengulangan kata.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog
Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.