Tuesday, January 18, 2011

Sinopsis Bab 4

Tuk Ngah menceritakan tentang peperangan Bukit Putus yang berlaku pada bulan November 1875 antara Inggeris dengan pengikut Yamtuan Antah yang diketuai oleh Datuk Siamang Gagap.Angkatan Yamtuan Antah telah kalah dan berundur ke Rembau. Yamtuan Antah dan Datuk Siamang Gagap bersembunyi di Istana Menanti sebelum ke Johor.Cerita ini menambahkan lagi keinginan mereka untuk istana ini.Akhirnya,mereka bersetuju untuk berkumpul pada jam 8.00 pagi esok hari untuk ke sana.Tuk Ngah bersetuju menemani mereka.Fadhil mengingatkan rakan-rakannya supaya membuat persiapan rapi,seperti membawa lampu suluh,parang,air minuman dan makanan.

Sinopsis Bab 3

Mereka sepakat untuk mendaki Gunung Datuk untuk ke istana menanti dengan ditemani Tuk Ngah. Daya tarikan istana itu begitu kuat kerana adanya pelbagai cerita yang berkait dengan sejarah tanah air semasa menentang penjajah.

Salam Hormat

Proses menyusun semula isi kandungan blog akan dijalankan.Info-info terkini berkaitan KOMSAS tingkatan 1 akan dimuatkan .Harap maklum.