Syair Wasiat
Ayahanda Siti Zawiah
Sakit
saudagar laki isteri,
Adalah
kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar
tahu akan dirinya,
Hampirlah
mati kepada rasanya,
Lalulah
memanggil akan anaknya,
Dicium
kepala dengan tangisnya.
Katanya
wahai cahaya mataku,
Tinggallah
tuan buah hatiku,
Hampirlah
mati gerangan aku,
Baiklah
tuan tingkah dan laku.
Serta harta
aku tinggalkan,
Tuan
seorang yang menyukakan,
Sampai
habis semua diterimakan,
Faedahnya
akan diberikan.
Jikalau
tidak anakku berakal
Harta
pusaka di manakan kekal,
Habis harta
badan tinggal,
Laksana
perahu bersauh tunggal.
Kerana
harta tiada berguna,
Jikalau
tidak akan sempurna,
Sekalian
itu habislah hana,
Hanya
tinggal badan merana.
Budi dan
bahasa janganlah lupa,
Muliakan
olehmu ibu dan bapa,
Mana yang
datang padamu berjumpa,
Janganlah
lambat tuan menyapa.
Kerana adat
orang berbeza,
Tiada
memandang harta dan benda,
Tegur dan
sapa itu yang ada,
Itulah
penambah di dalamnya dada.
Maksud Syair:
Rangkap 1: Saudagar dan isterinya sudah seminggu sakit
dan tidak ke mana-mana.
Rangkap 2: Saudagar merasakan ajalnya hampir tiba, lalu
memanggil dan mencium kepala anaknya.
Rangkap 3: Saudagar berpesan kepada anaknya supaya
menjaga tingkah laku.
Rangkap 4: Saudagar mewasiatkan seluruh hartanya kepada
anaknya.
Rangkap 5: Saudagar berpesan kepada anaknya supaya
mengurus hartanya dengan bijak.
Rangkap 6: Jika harta tersebut tidak diurus dengan baik,
ia kelak akan menimbulkan kesusahan.
Rangkap 7: saudagar berpesan kepada anaknya supaya
berbudi bahasa dan memuliakan ibu bapa serta bersikap mesra terhadap orang
lain.
Rangkap 8: Tingkah laku yang baik dan mesra adalah jauh
lebih berharga berbanding harta.
Syair ini mengemukakan tema nasihat dan kata-kata terakhir
seorang ayah kepada anaknya. Antara persoalan yang dimuatkan dalam syair ini
ialah kesedihan ketika diambang maut, kasih sayang bapa kepada anaknya,
kepentingan menghormati ibu bapa, kepentingan mengurus harta peninggalan dengan
bijaksana dan kepentingan amalan budi bahasa sesama insan.
No comments:
Post a Comment