Cerpen - Kasut Kelopak Jantung
ANALISIS KOMSAS CERPEN
“KASUT KELOPAK JANTUNG”
Oleh: DR. GHAZALI LATEH
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan
hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang
berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan
pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan
pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah
walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi
Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun
mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak
jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan
murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia
berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu
Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan
tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan
oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun
hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti
sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula
mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang
sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur
dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik
cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah
membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima
kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang
pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad
menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu
Harun.
TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas
membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai
kasut.
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua
dan yang lebih berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah
mengingkari arahannya.
2. Nilai murni -Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita
lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan
dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana
tidak mampu membeli kasut sekolah.
3. Nilai muri -Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah
kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas
memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa
gurunya.
4. Nilai muri -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam
kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia
sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili
untuk menampung perbelanjaan keluarga.
5. Nilai muri -Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah
dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya,
Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.
6. Nilai muri -Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi
manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah
walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut
berjenama.
7. Nilai muri -Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan
dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana
dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti bersenam di padang .
8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah
kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.
9. Nilai muri -Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada
sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban
mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah
dan sepasang uniform sekolah.
Tempang
Sinopsis
Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain
bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran,
menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi
sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh
Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati.
Pertengkeran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari
perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan
Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada
Hafizi.
Nilai
Antara nilai murni ialah hemah tinggi, contohnya Hafizi
tetap bersikap rendah diri walaupun daripada keluarga berada dan selalu dihina
oleh Kamil. Selain itu keberanian, contohnya Hafizi sanggup mengambil risiko
untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas. Seterusnya baik hati, contohnya Raja
selalu mendampingi dan memberi semangat kepada Hafizi. Akhir sekali
tanggungjawab, contohnya Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee bersama-sama muridnya
ketika pergi berkelah.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita jangan suka menghina
atas kekurangan orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Kamil yang selalu
menghina Hafizi janganlah diikuti. Selain itu kita perlu bersikap pemaaf,
contohnya Hafizi memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Kamil.
Seterusnya guru hendaklah selalu memberikan motivasi kepada anak-anak muridnya,
contohnya Cikgu Lee menekankan kepada anak muridnya akan kepentingan berusaha
jika ingin berjaya. Akhir sekali kita perlu mengambil tindakan yang cepat,
contohnya Hafizi cepat menyelamatkan Kamil daripada lemas.
Tukang Lama
Sinopsis
Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus
di sekolah Seni Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap
kerja-kerja membina rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk
rumah berkelepak dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib,
hanya membina reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah selalu meleterinya.
Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan
Mamat. Setelah selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan
upah sebanyak RM 10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina terhadap
kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang akan
dimarahi oleh isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah memberitahu ada orang
merisik anaknya, Si Timah. Apabila diberitahu calon menantunya ialah Manas,
hati Pak Talib berbunga keriangan.
Nilai Murni
Nilai murni daripada cerpen ialah berdikari, contohnya Pak
Talib meneruskan kerjanya sebagai tikang membina rumah. Selain itu
tanggungjawab, contohnya Pak Talib bertanggungjawab mencari rezeki untuk
keluarganya. Akhir sekali kasih sayang, contohnya Pak Talib dan Mak Lamah berasa
gembira kerana anaknya Si Timah sudah dirisik oleh keluarga Manas.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu mengikuti
perkembangan semasa untuk dihargai oleh masyarakat, contoh yang ditunjukkan
oleh Pak Talib yang kekal dengan reka bentuk lama dalam pembinaan rumah
janganlah diikuti. Selain itu masyarakat perlu menghargai kerja berdasarkan
kualiti dan masa yang diambil, contohnya yang ditunjukkan oleh Mamat dengan
memberi upah sebanyak RM 10.00 setelah Pak Talib menyiapkan reban tidak patut
dicontohi. Akhir sekali kita hendaklah bersikap baik dengan orang lain,
contohnya walaupun Manas memberikan persaingan kepada Pak Talib, tetapi dia
tidak pernah membenci lelaki itu.
Yuran
Sinopsis
Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak Jah
untuk membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi kerana tiada wang. Di
sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin membayar yuran sukan dan yuran PMR esok.
Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil keputusan
ponteng sekolah.
Ketika dia desang melihat permainan video, dia dilanggar
dari arah sisi oleh seseorang, menyebabkan buku dalam begnya bertabur. Seorang
wanita menjerit meminta pertolongan. Beberapa orang pemuda dilihatnya
berlari-lari ke satu arah. Amin segera mengejar pemuda ditu dan berjaya
menangkap lelaki itu. Anggota polis segera memberkas pemuda tersebut.
Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya
dikatakan ponteng sekolah, Amin segera meninggalkan wanita itu. Apabila Amin
tiba di rumah dan melihat Amin tidak membawa beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng
sekolah. Ketika Mak Jah sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul
dengan keretanya. Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah.
Kemudian wanita tersebut menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin.
Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan cita-citanya.
Nilai Murni
Antara Nilai murni ialah keberanian, contohnya Amin berani
menangkap pemuda yang meragut beg seorang wanita. Selain itu hemah tinggi,
contohnya Mak Jah tidak segera menerima pemberian wang daripada wanita yang
ditolong oleh anaknya, sebaliknya pada peringkat awal ditolak secara baik.
Akhir sekali kesyukuran, sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada wanita
menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga Amin.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu memahami masalah
yang ditanggung oleh orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Cikgu Arsad
yang mendesak Amin membayar yuran tidak patut diikuti. Selain itu kita
hendaklah mengutamakan pelajaran, contohnya yang ditunjukkan oleh Amin yang
ponteng sekolah janganlah diteladani. Seterusnya kita seharusnya membalas jasa
orang, contohnya wanita itu memberikan sagu hati kepada keluarga Amin kerana
Amin pernah menolongnya.
Trauma Embah
Sinopsis
Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin.
Ibu berasa gembira apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi
masa terluang, ibu menjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00.
Perniagaan berbentuk ”parti serbaneka” dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu
belajar setakat darjah enam dan disuruh kahwin dengan abah yang bertugas
sebagai guru.
Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala
embah akan membantu mengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya
membesarkan lima
orang anak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal dunia kerana
sakit tua. Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak cik penulis.
Sejak embah tiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan.
Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman.
Kemudian embah ke Kuala Lumpur
lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu berulang alik ke Kuala
Lumpur . Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal
dunia, embah dibawa pulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun
tinggal di kota .
Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu
malam, embah mengigau dan menyebut ”budak itu”. Sebenarnya embah masih trauma
tentang kematian dua anaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam
panas dan seorang lagi berusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah
menyimpan penderitaan di dalam jiwa kerana datuk melarang embah menangis.
Kesabaran ibu telah menginsafkan penulis untuk menjadi seorang anak yang dapat
menjaga ibunya satu hari nanti.
Nilai Murni
Nilai murni cerpen ialah kasih sayang, contohnya ibu menjaga
embah yang uzur dengan penuh kasih sayang. Selain itu berdikari, contohnya ibu
tidak terlalu mengharapkan wang daripada suaminya, sebaliknya berniaga untuk
menambahkan pendapatan. Seterusnya tanggungjawab, contohnya datuk bekerja
sebagai penoreh getah untuk menyara keluarganya. Akhir sekali ketaatan,
contohnya embah akur dengan kata-kata datuk dan tidak sesekali dia membantah.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menjaga ibu kita
dengan penuh kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang nyanyuk dengan
penuh kasih sayang. Seterusnya kita hendaklah mengisi masa terluang dengan
aktiviti berfaedah, contohnya ibu berniaga dari jam 3.00 petang hingga 6.00
petang untuk menambahkan pendapatan. Selain itu kita wajib mengutamakan
pendidikan, contohnya yang ditunjukkan oleh datuk yang merang ibu melanjutkan
pelajaran ke sekolah menengah janganlah diikuti. Akhir sekali kita perlu
menjadikan pengalaman sebagai penduan hidup, contohnya penulis menginsafi akan
pengorbanan ibunya menjaga embah dan berazam untuk menjaga ibunya dengan baik
satu hati kelak.
Sepucuk surat
daripada kawan
Sinopsis
Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima
kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan
bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas.
Petang itu penulis dan Abe
berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar
di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima
jam.
Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe
cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu
penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu
bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk
surat . Dalam surat itu Abe memberitahu
keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya.
Belum sempat penulis habis membaca surat
itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis
mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus
tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.
Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah baik hati, contohnya
penulis melayan Abe dengan baik ketika Abe tinggal bersama-samanya. Selain itu
berdikari, contohnya Abe tinggal bersama penulis, sedangkan keluarganya berada
di Kelantan. Akhir sekali memanfaatkan waktu, contohnya sejak kedatangan Abe,
penulis lebih banyak mengulang kaji pelajaran dan ke perpustakaan, tidak lagi
bersama Zul dan Fadli.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menghargai
kunjungan rakan lama, contohnya penulis berbesar hati dan melayan dengan baik
kedatangan Abe dari Kelantan. Selain itu kita hendaklah bersikap terus terang,
contoh yang ditunjukkan oleh Abe yang merahsiakan penyakitnya membuatkan
penulis tertanya-tanya janganlah diikuti. Akhir sekali kita wajar membantu
orang yang dalam kesusahan, contohnya penulis membawa Abe pulang ke rumah
apabila Abe mengadu sakit.
Drama
Sinopsis
Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama
Zalina dengan lebih lanjut. Jais
mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat
tanpa meletakkan nama dan dalam surat
itu dinyatakan ingin berkenalan dan bersahabat. Badar memberitahu agar Zali
menyatakan keinginannya berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan
agar meletakkan surat
itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu. Apabila Zalina
muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina.
Zali telah meletakkan
surat di
dalam meja Zalina. Kini dia sedang menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba
Zalina mengajak Fatimah bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya
jangan mengaku dan Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu
kepada guru.
Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid
mengeluarkan buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil
mendapati tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina kepadanya.
Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak mengambil tindakan
terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan Zali.
Nilai murni
Nilai murni daripada cerpen ialah saling memaafkan,
contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya kerana dia tidak mahu memanjang-manjangkan
kisah tersebut. Selain itu rasional, contohnya Cikgu Halil mengambil tindakan
yang tepat dengan mengesan tulisan penulis surat menerusi buku latihan dan karangan.
Akhir sekali kejujuran, contohnya Zali akhirnya mengakui dia yang menulis surat kepada Zalina.
Pengajaran
Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menyerahkan
kepada guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan disiplin, contohnya Zalina
menyerahkan surat
yang diterimanya kepada Cikgu Halil untuk guru itu mengambil tindakan. Selain
itu kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain, contohnya Zalina memaafkan
kesalahan Zali yang menulis surat
kepadanya. Akhir sekali kita wajar memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah,
contoh yang ditunjukkan oleh Zali, Jais dan Badar yang suka berborak kosong
janganlah diikuti.
Arah ke mana
Sinopsis
Haji Pakir menegur sikap isterinya, Hajah Derisah yang
memanjakan anaknya, Rohani. Bagi Hajah Derisah, anak daranya itu sudah besar
dan tahu menjaga diri. Bagi Haji Pakir, terlalu memanjakan anak buruk padahnya.
Walaupun Rohani sudah berjaya dalam pelajaran, tetapi ilmu agama perlu
diberikan perhatian. Ketika suami isteri bertengkar, Rohani pulang. Haji Pakir
melayan Rohani dengan baik tetapi Rohani bersikap biadap. Haji Pakir ingin tahu
hala tuju Rohani hari itu, tetapi bagi Rohani ayahnya terlalu mengambil tahu
hal peribadinya, malah sikap ayahnya menyekat kebebasannya dan berfikiran
kolot. Haji Pakir membangkitan pergaualan Rohani yang kerterlaluan.
Pertengkaran itu berakhir dengan Rohani mahu keluar dari rumah itu. Perbuatan
Rohani yang terlibat dalam najis dadah telah menyebabkan dia meninggal dunia.
Di tanah perkuburan, Haji Pakir dan Hajah Derisah mengakui kesilapan yang
dilakukan oleh mereka dalam mendidik anak.
Nilai murni
Nilai murni menerusi drama ialah kasih sayang, contohnya
Haji Pakir dan Hajah Derisah teramat menyayangi anaknya, sebab itu
keterlanjuran anaknya dalam kehidupan telah ditegur oleh bapanya. Selain itu
keinsafan, contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah insaf atas kesilapan mereka
dalam mendidik anak sehinggakan anak mereka mati terjebak dalam najis dadah.
Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah kita perlu menghormati
kedua-dua ibu bapa kita, contoh yang ditunjukkan oleh Rohani yang biadap
terhadap ayah dan ibunya janganlah diikuti. Selain itu setiap ibu bapa
hendaklah mengimbanginya antara akademik dan akhirat dalam mendidik anak,
contoh yang ditunjukkan oleh Haji Pakir dan Hajah Derisah yang mengutamakan
akademik dan kurang menekankan soal akhlak dalam mendidik Rohani janganlah
dicontohi. Akhir sekali kita wajib mengakui ajal maut ketentuan Allah,
contohnya Haji Pakir dan Hajah Derisah menerima ketentuan Ilahi bahawa anaknya
sudah meninggal dunia.
Mendung Hitam Beralih Jua
Sinopsis
Pak Jusuh mengeluh apabila anaknya Jamilah meminta wang
sebanyak RM75.00 untuk membayar yuran SPM, sedangkan pendapatannya sebagai
nelayan tidak seberapa dan hutangnya di kedai Mutusami semakin banyak. Mak Limah menegur sikap suaminya yang
pernah menolak tawaran ke tanah rancangan. Akan tetapi bagi Pak Jusuh, nasib
nelayan juga baik seperti Haji Dolah yang mempunyai rumah besar dan kereta.
Ketika itu Mutusami datang dan meminta hutang daripada Pak Jusuh. Oleh sebab
Pak Jusuh tidak mempunyai wang, radio miliknya menjadi cagaran.
Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah
menantunya untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan
kesusahan hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar
hidupnya boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah
tuk penghulu pada esok hari.
Nilai murni
Nilai murni daripada drama ialah baik hati, contohnya Pak
Seman mempelawa Pak Jusuh ke tanah rancangan agar nasibnya lebioh baik. Selain
itu kerajinan, contohnya Haji Dolah gigih berusaha sebagai nelayan menyebabkan
nasibnya lebih baik berbanding Pak Jusuh. Seterusnya rasional, contohnya
Mutusami tidak berterusan mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia
memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Akhir sekali semangat
bermasyarakat, contohnya Pak Seman mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya
yang akan mengadakan kenduru doa selamat
Pengajaran
Pengajaran daripada drama ialah patut merebut peluang yang
baik, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Jusuh pada mulanya menolak ke tanah
rancangan janganlah diikuti. Selain itu kita perlu mengamalkan sikap tolak
ansur, contohnya Mutusami tidak lagi mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana
dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh. Seterusnya kita wajib
mengamalkan sikap bermasyarakat, contohnya Pak Jusuh menerima undangan Pak
Seman untuk ke rumah menantu rakannya itu yang akan mengadakan majlis kenduri
doa selamat. Akhir sekali kita perlu memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti
berfaedah, contohnya Jamilah mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dalam
kegiatan pertubuhan belia di balai raya kampungnya.
No comments:
Post a Comment